Monday, August 3, 2009

Aku tetap aku

Hari demi hari berlalu meninggalkan kita. Kelmarin masih lagi bulan Julai, hari ini dah masuk bulan Ogos dan tidak lama lagi September pula akan menjelma. Dalam bulan Islam, Ramadhan menyusul selepas Sya'aban. Ramadhan berlalu Syawal pula menjelma. Keseronokan berbunga di hati insan, menantikan hari lebaran yang akan menjelma. Bukan bercerita pasal hari, bulan ataupun perayaan yang disambut oleh umat Islam tetapi berfikir tentang masa yang berlalu setiap detik dan ketika.

Merenung seketika usia yang semakin lanjut dan angka itu juga makin bertambah. Memikirkan hari-hari yang dilalui, adakah hari esok masih ada untuk aku bersujud di sejadah cinta kasih Tuhan Yang Esa. Terasa diri ini kerdil menghitung amalan yang belum tentu menyelamatkan aku dari setiap azabNya. Apa yang perlu, amalan ini belum cukup untuk dipersembahkan dihadapan Kekasih Rabbul Izzzati. Sesuatu yang tidak dapat dipastikan, ajal maut kita ditetapkan pada bila dan yang pasti ia akan tiba jua.

Persoalan demi persoalan muncul di benak hati dan fikiran,
Adakah aku telah melaksanakan segala perintah Allah?
Cukupkah amalan ini dengan hanya bersolat, puasa, zakat atau haji?
Bagaimana dengan hati ini?
Yang seringkali dibolak balik kan..
Yang sering terusik dengan bisikan-bisikan nafsu
Terlalu banyak yang menggoda
Hati ini jualah yang menggerakkan segala tindakan
Andai nafsu yang dipilih pasti jalannya makin bersimpang
antara kekalutan dan kebenaran
Hati itu jua yang akan memilihnya
Belum lagi sikap, perbuatan atau tingkahlaku?
Adakah sifat mahmudah terpancar dalam diri?
Atau sifat Mazmumah yang memakan segala amal baik..
Sudah kah aku berbuat baik..
pada IbuBapa, Keluarga, Masyarakat, Agama, Bangsa dan Negara?
Belum terhitung lagi satu persatu..
Hubungan dengan Allah,
dan hubungan sesama manusia

Aku sebagai diri ini, bukan orang lain atau sesiapa pun..
yang akan melangkah mengharungi segala perjalanan hidup ini
Diri ini jua yang menentukan,
antara jalan yang terbaik
pastinya ada nekad masih terselit di celah hati
Mengharapkan sinar terang
menyuluh segala ruang hidup
memberi sejuta kekuatan
untuk aku bertatih ke destinasi yang belum pasti
Namun,
Pada DIA tempat ku serahkan segalanya....

"Muhasabah bertaut di hamparan sejadah , titisan airmata berkaca membasahi hati gelisah..mengharap ketenangan bersemi dikalbu membawa diri kepada anugerah Illahi...segala disyukuri atas nikmat terperi..."

No comments:

Post a Comment

 

©2009 Peribadi | Muslimah Sejati | Dibuat oleh Ct'Skdz